Kapal Selam Pertama Malaysia Dilancar

Kapal Selam TLDM

Kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman yang dinamakan sempena Perdana Menteri pertama, dilancarkan secara rasmi dengan penuh tradisi tentera laut di Limbungan DCNS, Cherbourg, baru-baru ini.

Majlis disempurnakan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memecahkan botol berisi air Surah Yasin ke kemudi kapal selam selepas lagu Negaraku dinyanyikan.

Kapal Selam TLDM

Datuk Seri Najib Razak berkata, nama Tunku Abdul Rahman dipilih bagi mengenang jasa dan sumbangannya memimpin negara menuntut kemerdekaan dan meletakkan asas kukuh sehingga mampu memiliki kapal selam selepas 50 tahun merdeka.

“Dalam tempoh 36 jam kita melakarkan dua kejayaan. Pertama apabila angkasawan pertama (Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha) mendarat di bumi dan kini kapal selam pertama negara yang dirancang hampir 20 tahun lalu dirasmikan.

“Kapal selam ini mampu mengawal perairan negara dan memastikan kedaulatan serta keselamatan perairan sentiasa diberikan keutamaan, khususnya di Selat Melaka,” katanya pada majlis menamakan dan merasmikan kapal selam pertama di limbungan kapal DCNS, di sini.

Kapal Selam TLDM

Turut hadir Menteri Pertahanan Perancis, Herve Morin; Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamad Ali dan Duta Malaysia ke Perancis, Datuk S Thanarajasingam.

Scorpene, kapal selam jenis tempur konvensional mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter. Dibina di Cherbourg oleh DCNS Perancis dan syarikat pengeluar kapal selam, Navantia dulunya dikenali Izar di Cartagena, Sepanyol, kapal selam pertama yang dibina di Cherbourg akan mula diuji selepas dirasmikan, manakala yang dibina di Sepanyol dijangka siap pada 2008.

Najib berkata, KD Tunku Abdul Rahman yang akan memasuki perairan Malaysia pada 2009 dapat memastikan perairan khususnya Selat Melaka menjadi kawasan selamat untuk laluan kapal perdagangan antarabangsa.

Beliau berkata, pembelian Scorpene adalah hasil kerjasama strategik kerana pegawai dan anggota TLDM dilatih mengendalikan dan menyelenggara kapal selam dengan selamat dan profesional.

Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak, peluru berpandu antikapal permukaan dan torpedo antikapal selam. Ia berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya.

Tekanan udara, sistem penyejukan air dan kuasa elektrik dibekalkan empat jana kuasa diesel Izar/MTU 396 12V SE84 atau 360 elemen bateri plumbum.

Mekanisme sistem pendorongan dan elemen sokongan dibina dalam dua kebuk berasingan dengan sistem pautan elastik bagi menghilangkan kesan bunyi dan gegaran.

Sumber : Berita Harian

Video Promosi Scorpene

10 Responses to “Kapal Selam Pertama Malaysia Dilancar”


  1. 1 Trojan October 30, 2007 at 1:20 am

    navy bangun setapak dengan asetnya setelah airforce membeli SU 30 MKM.

    Sedia berkorban

  2. 2 azrn October 30, 2007 at 1:27 am

    Owww..apsal takleh rasmi kat mesia jek? hurmm ni ke yg ade kena mengena dgn kes altantuya tu? hehehe…*maaf, pengomen ini banyak terpengaruh dgn citer rumours* ..ekeke

  3. 3 Azhar Ahmad October 30, 2007 at 11:10 am

    Yuppp… pandang dari mata burung, Bukan dari bawah tempurung…

  4. 4 shutterspeaks October 30, 2007 at 12:13 pm

    ada spec penuh sub nih x? leh tembak missle? yg nih brand new kan, bukan refurbished.

  5. 5 TupaI September 7, 2009 at 6:26 pm

    kapal selam kita ada sprot rim tak, hehehhe, upgret bagi laju sikit tambah nos….heheh. sistem audio mesti power…. nek tanya org no satu.. leh tumpang tak sekali2 naik kapal selam tu…hehhe

  6. 6 kaSyah October 30, 2007 at 10:15 am

    a’a. ni la yang ade kes ngan altantuya tu. dah le tmpt die kena bom kat area2 aku gak…huhu

  7. 7 od3n October 30, 2007 at 11:16 am

    u means?? sori xphm. ade kne mengene ngn mende nie ke??

  8. 9 azrn October 31, 2007 at 2:16 am

    bahasa beliau penuh warna-warni..
    hehehe..

  9. 10 WaWa November 7, 2007 at 4:43 am

    jap2. ape kaitan dgn kes altantuya tu?
    dan juga, apekehalnya isteri tpm yg xde kene mengena plak nak rasmi?


Leave a Reply




a

Archives

Blog Stats

  • 1,657 hits