BlogOhBlog.com Untuk Dijual

BlogOhBlog.com For Sale

Bob, pemilik BlogOhBlog.com memutuskan untuk menjual laman web tema WordPress buatan Malaysia miliknya kepada sesiapa yang berminat. Laman yang menyediakan pelbagai koleksi tema WordPress hasil cetusan idea beliau menjadi pilihan blogger-blogger untuk mendapatkan tema-tema baru bagi menampakkan ciri menarik pada blog mereka. Aku tidak terkecuali daripada menjadi salah seorang pengguna tema Blog Oh Blog. Kebetulan, aku baru sahaja melakukan sedikit perubahan pada tema asal beliau mengikut keperluan blog ini dan mula menggunakannya sejak beberapa hari lalu. Lihatlah tema blog ini sekarang. Terima kasih kepada Bob.

Walaupun bermula sejak 5 bulan yang lalu, namun blog tema WordPress ini sudah mencapai suatu tahap yang amat dibanggakan. Lihat pencapaian BlogOhBlog.com ini.

BlogOhBlog.com

Ramai yang terkejut dengan keputusan beliau. Namun menurut Bob, beliau mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerja dan bisnes luar. Apa pun, mari kita ucapkan selamat berjaya untuk Bob. All the best, Bob!!

9 Responses to “BlogOhBlog.com Untuk Dijual”


  1. 1 bob November 5, 2007 at 3:27 am

    terima kasih kerana menyebarkan :P doakan semoga aku berjaya :)

  2. 2 nik2121 November 5, 2007 at 4:03 pm

    Sesungguhnya la, aku berasa sedikit terkilan dengan penjualan ini. Terkilan sebab… Ntah. Hahaha…

  3. 3 vangardx November 5, 2007 at 7:59 pm

    currently price dia dah riban2 kot :D

  4. 4 azrn November 5, 2007 at 11:50 pm

    Pandai encik Bob mengatur strategi market dia..haha..time blog meletup, masa tu la nk jual~

  5. 5 Overclock November 6, 2007 at 1:29 am

    Lepas jual blog boleh beli rumah..:D

  6. 6 nik2121 November 6, 2007 at 5:04 am

    Dah terjual pun. USD10K. Hohohoh…

  7. 8 od3n November 6, 2007 at 12:29 am

    amin.. jgn lupe lak kt aku nati bile da masyuk. hehe


  1. 1 $10,000 Untuk BlogOhBlog.com | od3n dot net Trackback on November 6, 2007 at 4:57 pm

Leave a Reply




a

Archives

Blog Stats

  • 1,661 hits