Ketahui Download Progress OS X Lion Anda

by od3n

Mac OS X Lion sudah boleh didownload menerusi App Store sejak beberapa hari lalu. Memandangkan OS X Lion hanya boleh didapati menerusi App Store, anda perlu mendownloadnya. Installer bagi OS X Lion bersaiz dalam 4 GB dan masa download akan bergantung kepada kelajuan internet anda.

Apabila anda mula mendownload OS X Lion, tiada paparan pada skrin yang boleh dirujuk untuk menentukan status download anda selain progress bar kecil pada Dock.

Penyelesaiannya mudah. Pada App Store, anda boleh nampak ikon purchases. Klik ikon tersebut dan anda akan dipaparkan dengan progress download OS X Lion anda. Saiz fail, downloaded dan estimated time remaining ada di situ. Dapat?

Download Progress Mac OS X Lion

Download Progress Mac OS X Lion