Install Mac OS X Lion Pada Lebih Dari Satu Komputer

by od3n

Antara satu ciri menarik pada Mac OS X Lion ialah personal use license yang membolehkan anda untuk download OS X Lion dan install tanpa had ke mana-mana Mac yang anda ada. Sangat berbaloi bagi OS yang dijual pada harga $29.99.

Terdapat beberapa cara ntuk install OS X Lion ke Mac anda. Antaranya :

  • Copy installer OS X Lion ke external drive/USB atau DVD
  • Transfer menerusi network
  • Download dari App Store di setiap Mac
  • Buat satu USB installer untuk OS X Lion
  • Buat satu Bootable Disc untul OS X Lion
  • Guna kaedah Target Disk Mode

Sebelum install, pastikan Mac anda memenuhi keperluan minimum OS X Lion. Mac anda perlu kekurang-kurangnya menggunakan Mac OS X 10.6.6. Jangan lupa untuk backup semua data penting terlebih dahulu.

Copy installer OS X Lion ke external drive/USB atau DVD
Cara paling mudah dan cepat. Anda perlu sediakan satu external hard drive atau satu DVD kosong, atau USB flash drive dengan saiz minimum 4.2GB.

  1. Buka folder Applications dan cari Install Mac OS X.app.
  2. Masukkan external hard drive dan copy installer ke hard drive tersebut.
  3. Cabut external hard drive dan plug ke Mac lain yang anda ingin install.
  4. Klik pada installer dan mulakan proses upgrade.

Transfer menerusi network
Untuk anda yang tidak mempunyai external hard drive/USB, anda boleh create local network antara Mac supaya anda boleh berkongsi fail bersama.

  1. Klik pada System Preferences dan pilih Sharing
  2. Tick pada File Sharing untuk berkongsi fail. Close System Preferences.
  3. Dalam folder Application, cari fail Install Mac OS X.app.
  4. Tekan Command+K untuk Connect to Server dan klik pada Browse untuk cari & connect ke Mac lain.
  5. Pada Mac anda, buka folder Application.
  6. Drag & drop Install Mac OS X.app ke Mac lain untuk copy installer tersebut. Proses transfer mungkin mengambil masa kerana saiz installer yag agak besar, iaitu dalam 4GB.
  7. Sebaik selesai, buka Install Mac OS X.app dalam Mac anda satu lagi dan mulakan upgrade.