
Soyuz TMA-10 keluar dari Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS) kira-kira pukul 3.14 petang waktu Malaysia untuk pulang ke bumi. Selepas 11 hari berada di angkasa lepas, angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha akhirnya selamat kembali ke bumi. Kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa beliau bersama Komander, Fyodor Yurchikhin dan Juruterbang Penerbangan, Oleg Kotov mendarat di Arkylk, Kazakhstan, kira-kira 340km daripada tempat asal pada pukul 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia), selepas 3 jam 23 minit perjalanan dari ISS.

Recent Comments