Posts Tagged 'makan besar'

Makan Lagi

Spped On Road

Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Hari ini masuk 1 Zulkaedah 1428, maka berakhirnya sudah bulan Syawal 1428. Namun, pagi tadi masih ada jemputan untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitri. Lokasi kali ini agak jauh dari kampus selatan ini. Dikenal pasti sebagai KD Sri Medini, terletak nun di Tebrau. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Menaiki bas UTM bersama beberapa orang lagi intake aku, di samping senior-senior yang berpakaian baju melayu lengkap bersamping. Kami cuma memakai smart casual, kata pegawai, tidak mengapa. Jadi, kami mengambil keputusan tidak menukar persalinan walaupun berasa tidak sedap hati.
Continue reading ‘Makan Lagi’

Jamuan Hari Raya Aidilfitri UTM

Kereta

Hari ini, Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Malaysia berat berbesar hati untuk mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri untuk semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Majlis diadakan di dataran berhampiran Tasik UTM. Kebanjiran manusia sudah kelihatan sejak awal lagi. Semua menunggu dengan penuh tabah diiringi kawalan keselamatan walaupun perut sudah menendang-nendang kelaparan.

Menu hari ini :
Nasi Beriyani
Laksa
Lemang & Rendang
Rojak
Lontong
Buah-buahan
Air kosong
Nescafe Lori (kata AzharAhmad)

Continue reading ‘Jamuan Hari Raya Aidilfitri UTM’


a

Archives

Blog Stats

  • 1,660 hits