Posts Tagged 'mobile'

Konsep Telefon Bimbit Nokia 888

Nokia 888

Alat perhubungan peribadi yang menjadikan anda berasa bebas dan riang. Ringan, mudah dan tanpa jagaan rapi. Terpulang kepada pengguna untuk menukar bentuknya mengikut mood masing-masing.

Pengguna tidak perlu lagi meletaknya ke dalam poket atau menggenggamnya seperti biasa. Anda boleh menggulung, membengkok, atau menyangkutnya pada pakaian seperti klip, ke mana sahaja. Ciri ergonomiknya membolehkan Nokia 888 bertukar kepada bentuk telefon bimbit biasa.

Ia memenuhi segala kehendak anda. Dengan e-motions, anda boleh menghantar bentuk love kepada teman wanita atau gambar perkhemahan untuk mengajak teman keluar bersantai. Dengan kata lain, anda boleh berbicara tanpa menulis. Menarik bukan?
Continue reading ‘Konsep Telefon Bimbit Nokia 888′

Platform Baru Telefon Bimbit, Android

Android

Open Handset Alliance, kumpulan yang terdiri daripada lebih 30 syarikat pengeluar telefon bimbit dan teknologi terkenal seperti T-Mobile, Intel, NVIDIA dan Motorola telah membangunkan suatu aplikasi yang diberi nama Android, iaitu satu platform telefon bimbit sumber terbuka, percuma, lengkap dan yang pertama sepertinya.

Android akan memberikan telefon bimbit pakej perisian yang lengkap dengan sistem pengoperasian, antara muka pengguna, middleware dan aplikasi asas telefon bimbit. Dibangunkan berasaskan kernel Linux, Android dijangka akan mula dikomersilkan pada pertengahan tahun hadapan. Kit Pembangunan Perisian (SDK) Android boleh dimuat turun sekarang.

Keistimewaan Android sebagai aplikasi telefon mudah alih terkini :
Continue reading ‘Platform Baru Telefon Bimbit, Android’


a

Archives

Blog Stats

  • 1,694 hits