Posts Tagged 'palapes laut'

Peristiwa Semalam

Peristiwa Semalam

Semalam, peristiwa malang menimpa kawan-kawanku di blok MA04 ini. Kehilangan 7 ketul telefon bimbit membuatkan semua warga Palapes Laut gempar. Kecurian berlaku ketika orang ramai pergi menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail. Hanya dari 2 bilik, 7 handset sudah diperoleh.

Sasaran utama pencuri itu adalah telefon bimbit. Alhamdulillah, 3 biji laptop dilokasi berkenaan, selamat. Mungkin saiznya yang agak besar, membuatkan si pencuri terpaksa melupakan rezeki dosa besarnya untuk hari itu. Bilik siber ini juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Syukur. Kami masih mencari-cari suspeknya. Jahanam.

Petang itu, aku terima pesanan ringkas daripada salah seorang pegawai muda kami. Kami menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Dato’ Timbalan Naib Canselor, merangkap Timbalan Komandan Palapes UTM di rumah beliau di Taman Pulai Perdana. Majlis akan dilangsungkan selepas Maghrib.
Continue reading ‘Peristiwa Semalam’

From Cadet to Midshipmen

Cadet to Midshipmen

Semalam secara rasminya, seramai 29 orang Pegawai Kadet Pengambilan ke-14 Palapes Laut UTM menerima kenaikan pangkat dari Pegawai Kadet kepada Pegawai Kadet Kanan. Majlis Pemakaian Pangkat telah disempurnakan oleh Komander Dato’ Profesor Ir. Dr. Alias Bin Mohd Noor, PSSTLDM, Pegawai Memerintah KD Sri Medini merangkap Timbalan Komandan Palapes UTM dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Turut diadakan, pemakaian pangkat kepada Pegawai Memerintah Palapes Laut UTM, Ketua Bahagian Thana dan Ketua Bahagian Zain. Majlis dihadiri oleh semua anggota Palapes Laut UTM Pengambilan 13, Pengambilan 14 dan Pengambilan 15.

Continue reading ‘From Cadet to Midshipmen’


a

Archives

Blog Stats

  • 1,675 hits