Posts Tagged 'utm'

Makan Lagi

Spped On Road

Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Hari ini masuk 1 Zulkaedah 1428, maka berakhirnya sudah bulan Syawal 1428. Namun, pagi tadi masih ada jemputan untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitri. Lokasi kali ini agak jauh dari kampus selatan ini. Dikenal pasti sebagai KD Sri Medini, terletak nun di Tebrau. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Menaiki bas UTM bersama beberapa orang lagi intake aku, di samping senior-senior yang berpakaian baju melayu lengkap bersamping. Kami cuma memakai smart casual, kata pegawai, tidak mengapa. Jadi, kami mengambil keputusan tidak menukar persalinan walaupun berasa tidak sedap hati.
Continue reading ‘Makan Lagi’

From Cadet to Midshipmen

Cadet to Midshipmen

Semalam secara rasminya, seramai 29 orang Pegawai Kadet Pengambilan ke-14 Palapes Laut UTM menerima kenaikan pangkat dari Pegawai Kadet kepada Pegawai Kadet Kanan. Majlis Pemakaian Pangkat telah disempurnakan oleh Komander Dato’ Profesor Ir. Dr. Alias Bin Mohd Noor, PSSTLDM, Pegawai Memerintah KD Sri Medini merangkap Timbalan Komandan Palapes UTM dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Turut diadakan, pemakaian pangkat kepada Pegawai Memerintah Palapes Laut UTM, Ketua Bahagian Thana dan Ketua Bahagian Zain. Majlis dihadiri oleh semua anggota Palapes Laut UTM Pengambilan 13, Pengambilan 14 dan Pengambilan 15.

Continue reading ‘From Cadet to Midshipmen’


a

Archives

Blog Stats

  • 1,699 hits